Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Inilah Teks Bacaan Hadrah Basaudan Versi PDF

Galeri Kitab Kuning | Hadrah BaSaudan adalah kumpulan zikir, munajat, ibtihal, qasidah dan tawassul yang disusun oleh Syaikh 'Abdullah bin Ahmad BaSaudan. 

Inilah Teks Bacaan Hadrah Basaudan Versi PDF


Tetapi dikatakan bahawa susunan awalnya adalah daripada Habib 'Umar bin 'Abdur Rahman al-Baar lalu dilanjutkan oleh muridnya Syaikh 'Abdullah BaSaudan dan akhirnya disempurnakan oleh Habib 'Abdur Rahman al-Masyhur, pengarang "Bughyatul Mustarsyidin". 


Oleh karenanya, di sesetengah tempat, hadrah ini dikenali sebagai "Hadrah al-Baar", sempena syaikh futuh Syaikh 'Abdulah BaSaudan, Habib 'Umar bin 'Abdur Rahman al-Baar.


Baca Juga : Download Kitab Dalil Muslim, Habib Hasan Baharun


Sekilas Tentang Penyusun Hadrah Basaudan

'Abdullah bin Ahmad bin 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdur Rahman BaSaudan rahimahumUllah jami`an dilahirkan di desa Khuraibeh, wadi Dau`an, Hadhramaut pada tahun 1178H. Nasab beliau bersambung kepada Sayyidina al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi RA, sahabat Junjungan Nabi SAW.


Syaikh Abdullah BaSaudan sejak kecil lagi telah diasuh dengan didikan agama. Sejak usia tersebut lagi beliau telah menghafal al-Quran dan berbagai matan ilmu. Beliau mempunyai ramai guru, di antaranya ialah Syaikh 'Abdullah bin Ahmad bin Faris BaQais dan Habib 'Umar bin Abdur Rahman al-Baar, murid Imam al-Haddad RA, yang menjadi syaikh futuhnya, Habib Ahmad bin 'Ali Bahar al-Qadimi, Habib Hamid bin 'Umar Hamid, Habib Ahmad bin Hasan al-Haddad, Habib Husain bin 'Abdullah bin Sahal, Habib 'Umar bin Saqqaf as-Saqqaf, Habib Syaikh bin Muhammad bin Hasan al-Jufri, Habib Hasan bin Shaleh al-Bahar al-Jufri, Habib Thahir bin Husain bin Thahir dan Habib 'Umar bin Zain BinSumaith rahimahumUllahu. Selain Hadhramaut, Syaikh 'Abdullah BaSaudan turut menimba ilmu daripada ulama al-Haramain, antarnya dengan Habib 'Ali bin Muhammad al-Baity, Habib Muhsin bin Alwi Muqaibal, Habib Ahmad bin 'Alwi BaHasan Jamalulail dan Syaikh Muhammad bin Shaleh ar-Rais rahimahUllahu ta`ala jami`an. Syaikh 'Abdullah BaSaudan juga pernah berkelana ke Mesir dan bermukim di sana untuk belajar dengan para ulamanya.


Ketekunan beliau dalam menuntut ilmu akhirnya menjadikan beliau seorang yang sangat alim (`allaamah) yang menjadi rujukan dan mufti. Bahkan, para ulama Hadhramaut memberikan gelar "Hujjatul Islam" kepada beliau lantaran ketinggian ilmu dan keelokan amal serta pekerti beliau.


Syaikh 'Abdullah BaSaudan juga mempunyai banyak karya yang bernilai, antaranya:-

  • Mandzhumah al-Mishbaah fi Ahkaamin Nikah;
  • Tahshiilul Maqshuud;
  • 'Uddatul Musaafir wa 'Umdatul Haaj waz Zaa-ir;
  • al-Ifshaah bi Ahkaamin Nikaah;
  • Zaituunatul Liqaah;
  • al-Futuuhaatul 'Arsyiyyah;
  • Mathaaliul Anwaar;
  • Hadaa-iqul Arwah;
  • Kasyful Qinaa';
  • Dzakhiiratul Ma`aad bi Syarhi Ratibil Haddad;
  • al-Anwaarul Laami`ah bi Syarhil Risaalatil Jaami`ah;
  • Simthul 'Iqyaan;

Syaikh 'Abdullah BaSaudan rahimahUllah kembali ke rahmatUllah pada tanggal 7 Jumadil Awwal 1266H dan dimakamkan di Kota Khuraibeh. 


Baca Juga : Kumpulan Doa-doa, Hizib dan Wirid Paling Terkenal dan Ampuh


Download Bacaan Hadrah Basaudan

Seluruh ulama Tarim, Hadhramaut sangat mengetahui Hadrah ini memiliki manfaat yang sangat banyak sebagai wasilah memohon daripada Allah akan segala rahmat, pemeliharaan, keselamatan dan kejayaan di dunia dan akhirat.


Di Tarim, setiap hari Selasa selalu digelar majlis-majlis pembacaan Hadrah Basaudan di banyak tempat, antaranya di Rubath Tarim, di kediaman al-Mufti al-Habib 'Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur, di kubah al-Habib Abu Bakar Basymeleh Zanbal, di madrasah Habib Abdullah bin Syeikh al -Aydrus, dan di masjid- masjid yang lain, bahkan juga di rumah-rumah penduduk.


Majlis yang diadakan setiap Selasa di rumah Habib 'Abdur Rahman al-Masyhur dikepalai oleh al-Habib Ali Masyhur bin Muhammad BinHafiz, kekanda Habib 'Umar BinHafiz.


Kini, majlis-majlis Hadrah BaSaudan mula berkembang ke seluruh dunia Islam. Semoga keberkatannya dapat kita rasai, istimewa pada zaman yang penuh dengan pancaroba dan petaka ini.


Bagi anda yang ingin membacanya, berikut kami bagikan link Kitab Hadrah Basaudan dalam bentuk pdf yang bisa dengan mudah anda download di bawah ini:


Download Kitab Hadrah Basaudan


Demikian informasi kami tentang Bacaan Hadrah Basaudan, semoga kita mendapatkan keberkahan dengan hadrah ini.

Posting Komentar untuk "Inilah Teks Bacaan Hadrah Basaudan Versi PDF"

close
Banner iklan disini